Takaful Ikhlas





IKHLAS SAVING TAKAFUL

Ikhlas Saving Takaful merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan semula kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke ataspelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.

APAKAH PERLINDUNGAN / MANFAAT YANG DITAWARKAN?

Apabila berlakunya kematian atau ketidakupayaan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu, terhadap peserta dalam tempoh sijil berkuatkuasa, jumlah perlindungan (SC) termasuk jumlah terkumpul di dalam PIA akan dibayar kepada penama peserta atau waris terdekat.

Manfaat sampingan yang boleh dipohon bersama pelan ini :

IKHLAS Term Takaful - Pelan ini memberi perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya kekal dan menyeluruh peserta dala tempoh sijil.

IKHLAS Critical Illness Takaful - Pelan ini memberi perlindungan kepada para peserta dan keluarga di kala peserta disahkan mengidap penyakit kritikal.

IKHLAS Accidental Death and Disability Takaful - Pelan ini memberi perlindungan ke atas kematian, hilang upaya kekal menyeluruh (TPD) ataupun hilang upaya separa kekal (PPD) akibat kemalangan sepanjang tempoh sijil.

IKHLAS Immediate Death Expenses Takaful - Pelan ini direka untuk memberi bantuan kewangan yang segera kepada pewaris terdekat peserta jika berlaku kematian ke atas peserta.

IKHLAS Waiver Of Contribution Takaful - Sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada penyakit kritikal seperti dinyatakan di dalam sijil, semua sumbangan masa hadapan akan dikecualikan.

IKHLAS Family Income Takaful - Sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh dan/atau disahkan oleh pegawai perubatan menderita akibat salah satu daripada penyakit kritikal, jumlah perlindungan manfaat pendapatan akan dibayar kepada peserta atau pewaris terdekat untuk sepanjang baki tempoh sijil.

IKHLAS Hospital Benefit Takaful - Manfaat hospital akan dibayar dalam bentuk tunai jika peserta dimasukkan ke hospital.

IKHLAS Payor Saving Takaful - Pelan ini mengecualikan semua sumbangan tidak tertunggak sijil ini di masa depan (termasuk rider-rider yang disertakan) sekiranya berlaku kematian ke atas penyumbang, kehilangan upaya kekal dan menyeluruh (TPD) dan/atau penyumbang telah disahkan mengidap sebarang penyakit kritikal (seperti dinyatakan dalam kontrak) sebelum tempoh matang sijil.



IKHLAS HAJJ SAVING TAKAFUL

IKHLAS Hajj Saving Takaful adalah pakej yang merangkumi IKHLAS Saving Takaful dengan peluang sumbangan tambahan, manfaat takaful perbelanjaan serta merta kematian serta manfaat Takaful penyakit kritikal pra bayar.

Pakej pelan ini juga menyediakan dana untuk mengerjakan Haji atau niat murni yang lain. Manfaat kematian dan hilang upaya kekal serta manfaat penyakit kritikal adalah dilindungi di dalam pelan ini.